Nak lawan kena kuat

Bismillahirrahmanirrahim.
Dah lama sangat aku rasa tak update blog. Walaupun agak berhabuk, tak apa aku nak buat juga entry baru. Kali ni aku nak cerita pasal lawan.


Aku tak maksudkan gaduh.
Aku tak maksudkan telagah.
Aku tak maksudkan pecah belah.


Lawan yang aku maksudkan kan ni.
Jihad.
Jihad menentang segala yang Allah murka.


ok aku bagi contoh paling dekat.
Dan memang aku nak cerita pasal ni pun.
Lawan tentang cinta.
Cinta manusia.


Cinta tu fitrah manusia.
Aku admit tu.
Takde siapa boleh lari dari cinta ni.
Pergi jauh mana pun belum tentu kita dapat lari dari cinta.
Cuma, macam mana kita handle cinta yang datang tu.
Tu, ujian.


Jangan tipu aku kalau kau kata kau tak pernah bercinta. Ok lah tak pernah bercinta, pernah kan rasa nak bercinta? Pernah rasa nak berkasih sayang? Pernah kan? Haa jangan menipu kalau takde rasa apa apa. Lagi lagi syabab.


Semua. Semua orang ada rasa nak cinta manusia.
Tapi kan, tak semua mampu handle cinta yang Allah datangkan tu.
Kebanyakan daripada kita, tergelincir.
Mungkin salah cara.
Dan mungkin salah kita. Berdua.
Eceh kau dan aku lah ni kononnya.


Seriously, kalau dah bercinta. Memang kita akan diuji. Macam macam Allah uji sampaikan kita buta. Leka sangat duk layan ajnabi sampaikan ujian apa yang Allah datangkan tu kita tak perasan. Teruk kan?


Of course, bila kita dah mula sayang ajnabi. Cinta Illahi memang kelaut. Kalau ada pun yang ikut syariat jalan lurus je ada lah boleh kira satu dua tiga dalam dunia ni.


Sedih, bila kita utamakan ajnabi daripada Tuhan sendiri. Sedih kan? Kadang kan, sampai satu tahap kita semua bangga ada kekasih kat dunia. Bangga tahap memang dah gila sampai tayang kat instagram twitter facebook sekalipun.


Kau bayangkan. Kalau sebelum fenomena hijrah ada kat malaysia ni, ada tak isu isu macam ni naik? Ada tak orang kita duk cerita duk kisah pasal agama?


Takde.


Cukuplah dulu zaman aku ber facebook. Lalai gila lah aku cakap kan. Sampai kan hampir 99.99% pengguna fb semuanya tak jumpa Tuhan. Semuanya masih duk happy happy menari tiang macam Allah tak wujud. Aku sendiri dulu tersungkur.


Fenomena dulu dan sekarang lain. Lain sangat.


Sekarang pun, masih ada yang belum diberi hidayah Allah untuk berhijrah. Cuma semakin ramai dan meningkat sahaja populasinya.


Kalau dulu aku letak gambar hello kitty sebagai dp. Orang kutuk weh. Orang bash. Dihina dicaci kenapa letak gambar kartun tunjuklah identiti jangan fake. Yes, aku kalah, aku letak gambar sendiri.


Kalau sekarang? Orang mencari mengorek siapa si misteri disebalik gambar anime ditwitter. Yang meletakkan gambar sendiri dipertikai itu ini.


Aku tahu, sebab aku dah rasa. Kau pun sama kan?


So, as time flow. Kita pun kena follow aliran masa tu beb. Bayangkan, duk seronok bercinta hu ha hu ha kat laman sosial berpapa mama tiba tiba kau putus. Kau meroyan tak rasanya? Ok lah tak meroyan pun confirm yang sana kutuk sini yang sini kutuk sana. Kan?


Alah jangan tipu aku. Aku tahu.


Masa putus tu, kau ada fikir Allah? Kau ada terfikir sebab apa semua ni jadi? Sebab apa kau boleh putus? Sebab.


Kau lebihkan cinta kepada manusia lebih daripada Dia.


Malang sangat kan, bila kita diuji Tuhan hanya dengan kehadiran cinta manusia lepas tu kita jatuh gaung sama sama.


Katanya till jannah. Tapi jahannam.
Katanya ukhuwah fillah. Tapi nafsu sendiri pun kalah.
Huih, parah.


So, macam malas nak tarbiyah banyak banyak. Cukuplah untuk kali ni. Test menaip dalam phone. Sebab selama ni guna laptop kan.


Semoga aku. Kau. Dia. Tak kisah lah siapa siapa pun yang namanya Islam dalam hati. Change. Anggaplah bila kau bertemu tu kerana Allah. Berpisah pun kerana Allah. Lumrah hidup memang ada jumpa memang ada pergi.


Alah jangan risau. Doa ada. Benda tu paling kuat nak hubungkan korang berdua. Tak payah mesej benda merepek macam sebelum ni korang buat. Ada benda penting, mesejlah contohnya bisnes ke cececeh. Hah contoh.


Tembak dengan doa. Bukan dengan riffle.


Aku harap nota yang sedikit ni mampu buka sikit lah mata kita semua yang hampir kabur dan buta dengan cinta manusia. Moga moga, aku kau kita semua dapat kekuatan untuk lawan nafsu masing masing dalam melayan ajnabi.


Sebab tu aku memilih untuk anonymous. Tak dikenali, sendiri. Mungkin aku pernah jatuh tapi aku cuba lari dari percampuran ajnabi macam sebelum ni. Ya, skater memang akan bercampur. Lainlah kalau skate suka suka belakang rumah. Tapi sebenarnya aku sedar, skate sendiri lagi memuaskan hati. So, i follow His path. Alhamdulillah sekarang bebas berskate seorang diri tanpa percampuran ajnabi 😊


Aku tahu blog aku banyak cerita pasal cinta. Sebab cinta lah isu hangat budak budak zaman sekarang. Semoga kuat ya semua! Hilang manusia pasti berganti. Jangan risau deh! LAWAN!


Wallahualam.

Mudah dan Menarik.

Assalamualaikum adik manis abang kacak bergaya. Sihatkah tubuhmu harini? Moga urusan kalian dipermudah. Aamiin.

Ok. Here we start. Selalu buat entry pasal isi2 dakwah dan ke arah muhasabah diri. So sekarang nak share benda mudah, menarik, comel.

Hehehehe. Guess what? Ok

BAHASA ARAB.

Uuuu susahnyaaa :O
Uuuu tak best.
Uuuu tak seronok tak comel.
Bahasa Inggeris juga comel best menarik.

Sorry bro. Sorry kak.
Gua tak reti sepiking. Hihihi.

Cuba belajar. Sikit pun ok lah.
Bukan terus nak borak2 dengan kawan tiap hari bahasa arab. Tapi cuba belajar.

Nah. Have a look.
Jom belajar!

Ma ismuka/ki? (siapa nama awak?)
jawab lah "ismi (nama sendiri)"

Maazaa 'amalu (awak kerja apa?)

Namaz me syifa' he (Solat menyihatkan tubuh badan)
ni bahasa urdhu. Tu macam pelik sikit dengar. Haa banyak sebenarnya.

Aina tadrus? (Belajar kat mana?)
Ana adrusu fil madrasah. (Saya belajar kat sekolah)
nak tambah nama sekolah tambah je.

Adrusu lughatul arabiyah. (saya belajar bahasa arab)

Ana uhibbul lughatul quran. (saya suka bahasa quran)
Maksudnya saya suka bahasa arab lah sebab bahasa quran kan bahasa arab :)

Min ayyi balad? (Duduk/asal mana?)
Ana min malizia aidhan (Saya pun dari Malaysia jugak)
Kalau hang lahir dari Kelantan ke Perak ke boleh je tukar.

Hal yumkinuni an ata arafa alaika? (Boleh kenal dengan awak tak?)

Ana tolib, wa anti? (saya student, awak pulak?)
Kalau lelaki tukar lah Ana tolib, wa anta?

Marhaban (Selamat berjumpa/bertemu)

Ana masrurun iddan bittaaruf bik (Saya gembira sesangat jumpa dengan awak)

Hal yumkinuni an as'al? (Boleh tanya tak?)

Jazakumullahu khairan (Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan yang setimpal)

MasyaAllahu tabarakallah (Atas kehendak Allah juga diberkatiNya)

Tasharafna (Saya gembira jumpa awak)

Ana farhan bimuqabaltikum (Saya gembira jumpaawak/kamu semua)
Memang banyak.Pelbagai. Pilih mana satu. Semua boleh. Bahasa arab memang boleh guna mana mana maksud tetap sama.

Nahnu masruurun (kami pun gembira)

Ma'assalamah/illal liqa' (Selamat tinggal. Tataaaaa hehehe)

Kam umruka? (Umur berapa?)

Q: Sobahul ful. 
A: Sobahus surrur
Dua  dua ni untuk selamat pagi.

Tusbihu alal khair (Selamat malam)

Min aina anta? (dari mana?)

Asy kurukum/syukran li musa'adatik (Terima kasih)
Nak mudah, selalu kita dengar tu je. SYUKRAN. Pun boleh :)

Hasanan (baiklah)
Macam kalau orang mesia kata "ok"

La', khoto' (Tak, salah tu)

Anta ta'rif au la'? (tahu ke tidak?)

Anta zakiun (Awak pandai)

At taarif? (Awak tahu?)

Kifu (Berhenti)
orang sekarang selalu kata "STOPPPPPPP" Haaa cenggitu lah hoho

Wa ana kazalik (Saya pun macam tu)
Cth macam orang kata "ala aku tak selalu makan malam lah" pastu kita jawab "ha aku pun sama jugak macam kau" :D

La syaik (takde apa apa)

Ana nasit (saya lupada)

In tazir lahzah (kejap, tunggu sekejap)

La aqdar (saya tak boleh)
Engkorang kalau kawan ajak gi keluar teman shooping pastu tak boleh sebab ada hal engkorang cakap "Sorry tak boleh ah we" Haa elok guna la aqdar. Asiif :3

Bi sur'ah (Cepat!!!)

Jamilatun jiddan (cantik sangat)
Sesuai bila cakap dekat perempuan yang cantik.

Marid (sakit)

Ana farhan jiddan (saya gembira sangat)

Ana khaif jiddan (Saya takut sangat)

Ana syab'an (Saya lapar)

Ana jau'an (saya kenyang)

Ihda' (tenang)
Haa ni kalau engkorang tak tahu nama apa gue letak di twider ihda' tu kan. Ni lah maksudnya :D

Hal haza sohih? (Betul ke ni?)
Macam tak pasti, ragu ragu pastu tanya betul ke bohong? Haha macam tu lah.

Mumti'un jiddan (menarik sesangat)
Macam sesuatu yang sangat interesting atau attractive (benda especially) ha boleh lah.

Isbir (Sabar lah)

Jarrib (Usaha/cuba)

Uridu an azhab (Saya nak pergi.....)
Cth macam nak minta izin nak keluar rumah. Boleh lah cakap dengan makpak engkorang macam ni hoho.

Ok try lah! best kan? Macam menarik kan? Haa best sangat-sangat lebih-lebih lagi kita bercommunicate dengan orang yang dah memang power cakap arab. Fuh boleh ternganga. hehehehehehe (cerita berdasarkan pengalaman) :b

Ok. Doakan saya sentiasa selamat di sini. bebudak Mesia jangan lupa terus istiqamah dalam berubah. Yow anak-anak. Muah muah.

Wallahu a'alam//

"Aku lelaki. Kau perempuan tahu apa?"

Assalamualaikum pendosa dunia.
Cerita ni. Berdasarkan pengalaman seorang akhi. Saja kongsi. Baca lah.

Satu hari tu.
Aku solat zuhur di surau dekat sebuah shopping mall. Aku beli powerbank masa tu. Nama shopping mall tu, rahsia.

Aku nak cepat. Sebab haritu aku ada hal. Hajat nak cari powerbank, terus gerak. Tapi time tengah belek2 tu dah masuk waktu zuhur. 

Lepas zuhur dalam pukul 3 macam tu ada event dekat Pusat Islam negeri. Mana boleh lambat ohhhhhh aku ada bukak booth sana.

So, aku pun macam tergesa-gesa lah jugak. Maksud aku, malas nak tangguh-tangguh. Aku bukan musafir boleh jamak solat. So solat je lah dalam surau tu oleh sebab waktu zuhur tu kan pendek :)

Ambil wudhuk. Solat. Wirid. Doa. Lipat sejadah. Aku solat macam tak khusyuk sangat sebab.....

Ada suara terngiang-ngiang dari belakang (saf wanita)

'Allahu, sedapnya suaraaaaaaaaa'
Hati aku berbisik.

Aku dengar perempuan mengaji. Dengar macam bacaan mathurat. Tapi tarannum dia..... Allahuakbar sungguh aku tak tipu memang indah. Lenggang lenggok tali kecapi. 
Err kalau tak kuat iman boleh goyah bro. Dengar macam ramai yang baca cuma yang kuat tu yang ketara lah. 

Aku pun macam tergerak hati nak selak langsir yang menjadi penghadang dan pembahagi antara saf muslimin dan muslimat (sebenarnya gatal nak tengok. Lelaki kan) 
Haih.

Mula lah aku selak sikit kain langsir tu.
Dup dap dup dap.
Bila aku bukak. Aku intip lah. Apa lagi. Sebelah mata je lah. Haha.

MasyaAllah. 
Mana satu ukhti tu? Ternganga. Terbeliak mata aku.
Alah..... (gaya hampa. Melepas. Kenapa eh? kenapa?)

Sebab........
Kat situ yang ramai ramai tu semua niqabis.
Sungguh aku kagum (sebagai lelaki)
Semuanya sedang khusyuk. Fuh respect.
Time time zuhur ni orang qailullah. Mereka bertadarus.
Hebat. Aku pun tak macam tu.

Aku pun apa lagi.
5 jari singgah kat dada.

'Sabar bro. Ini dugaan dan godaan dunia.'

Peh. Betul-betul menguji nafsu seorang lelaki yang gagah perkasa macam aku. (gelaksendiri)
So, ada pengajaran yang aku dapat.
Omputih kata "Learn from experience"

Pertama.
Kenapa perempuan tak boleh keluar suara kuat-kuat macam lelaki? Contohnya engkorang nak jadi penyanyi. Kenapa? Sebab suara engkorang tu aurat. Kenapa aurat? Sebab sekali engkorang 'dedah' aurat, kesan pendedahan tu menyebabkan lelaki 'sengsara' menanggung derita. Perit boh.

Kedua.
Memang. Betul lah. Sungguh yang berniqab tu memang indah. Aku sendiri tertarik dengan niqabis walaupun aku tak tau camane rupa diorang semua. Gelap putih tu belakang cerita. Pedehal.
Cuma aku boleh cakap, niqabis sangat terjaga bila berhijab muka dan tubuhnya. At least, kalau dia belum baik atau solehah sepenuhnya, dengan berniqab lah diorang cuba menjaga hak sebagai wanita Islam. 
Yeah. Salute.

So untuk lelaki luar sana. Korang jaga lah iman korang bebaik. Takyah lah nak miang sangat macam aku.(Gelak besar tak tahan dah sebab aku ni gatal sangat)
Better jaga diri untuk isteri nanti. Hoho yang engkorang 'bakal zauj bakal zaujah' tu. Haha macam desperate nak kahwin je budak budak sekarang. K dah selak-selak sikit diri sendiri. Tengok mana yang kurang dibaik pulih ye anak anak.

Dan.... Aku terlambat 15 minit ke event tu. Tak kena marah. Macam happy sikit masa tu. (Tahan gelak)


Fyi, cerita ni dicerita semula oleh seorang akhi kepada aku.
Pengalaman dia, dia kongsi. Kemudian aku rasa macam menarik untuk dibuat entry.
Aku tulis semula kasi kongsi. Buat macam cerpen sikit huhu.
Yang baik datang dari Allah. Yang buruk datangnya dari khilaf sendiri.

Wallahu a'alam//

Satu, dua, tiga. Okay jum start dari awal.

Dua tiga orang. Aku kau & dia. Kita duduk borak sama sama. Ingat tak? (Buka diari dulu)
Sorang bertudung labuh. Sorang free hair. Lagi sorang bertudung tapi baju lengan pendek.

Tengah gelak-gelak masa tu.
Tiba tiba aku senyap.

Asal senyap weh?

Takde apa. Saja.

Kau nak balik dah ke?

Tak ada lah. Aku rasa macam diri aku ni belum cukup.

Apa benda kau merepek? Kau ada problem ke? Share lah weh. Kita kawan kan. Takyah berahsia sangat.

Tak ah. Aku cuma risau je.

Tiba-tiba yang ketiga mencelah. Terlalu emosi lah tu tengok aku macam tu.
Pehal kau weh? Lek ah. Cerita slow-slow. Asal?

Hmm susah nak cakap.

Apa benda yang susah? (dua-dua menaikkan suara)

Dalam hati 'nak tak nak, aku kena cakap jugak dekat diorang.'
Hmmm camni. Aku... Aku risau pasal kita semua.

*Diorang tak faham. Dan semakin 'bengkek'*

Ya Allah. Asal ni weh? Cerita sekarang. Mana tahu kitorang boleh tolong.

*sigh*
Hmm aku rasa diri kita semua yang kena tolong diri kita sendiri.
(Aku tahu korang tak faham)

Mereka berdua masih geram. Nak marah. Aku tahu. Diorang tak puas hati. Sebab diorang tak tahu apa yang aku nak cakap.
'Senang lah korang cakap. Aku nak nangis sekarang je rasanya. (dalam hati. Merenung mata dua-dua sahabat.)'

Please ah weh. Kau nak cerita ke tak nak? kalau tak nak cerita takyah drama macam ni ah weh. Adoi hilang mood terus aku petang-petang ni.

Tiba-tiba aku bersuara, penat aku berdiam.
Weh korang.

Hah apa apa??

Korang pernah rasa malu tak dengan diri sendiri?

*gelak*
Malu? Buat apa nak malu seh. Bangga kut aku dengan diri aku.
Aku tak malu sebab aku jadi diri aku sendiri. Lek ah weh. Pahal ni? Kau malu pasal apa?

Aku malu dengan budak perempuan sekarang.

Mereka senyap. 
Sorang  mula nyorokkan tangan di celah kaki.
Sorang mula betulkan rambut yang hitam pekat. Cantik. Tapi sayang tak terjaga aurat. hmm

Lagi sekali air mata keluar.
Aku rasa. Korang dapat rasa apa aku rasa sekarang ni kan?

Diam. Dua dua diam.
Aku tahu diorang dah start faham apa aku cuba maksudkan.

Hmm wehhh.

Ya?

Malu aku weh.
Haah. Aku pun malu. Malu seh dengan kau.

Kenapa pula?

Tengok kau dengan kitorang. Jauh beza lah kau tahu tak. Hmm macam tak layak je kitorang kawan dengan kau. Aku rasa jauh sangat dengan kau sekarang.

Hey. Tak elok cakap macam tu. Aku nak kawan dengan korang. 
*senyum. dalam hati Allah je tahu betapa sayangnya aku dekat mereka berdua*

Tapi weh...
Kau tengok kitorang. Tak pakai tudung. 
Sorang lagi mencelah.
Tengok ah aku. Tudung tapi baju lengan pendek. Malu lah weh.

Dua-dua cuba bangun dari tempat kitorang duduk. Nak balik. Gaya macam hampa.
Aku sempat tarik tangan diorang.
Alhamdulillah nasib baik sempat. Allah izinkan lah tu.

Sabar korang sabar.

*duduk balik*
*masing masing tunduk*
Aku cuba naikkan dagu masing-masing.
Sungguh, dapat rasa waktu tu ukhuwah kerana Allah sangat indah.

Jangan lah sedih. 
Allah ada.
Sempat lagi ni.
Aku sayang korang.
Aku taknak tengok kawan aku masuk gaung.
Taknak.
Aku percaya korang boleh.
Cuba lah.

Masing-masing masih tunduk.
Dalam hati berkata 'Ya Allah, ampunkan aku kalau aku dah kecilkan hati kawan-kawan aku.'

Korang.... (sambil pengang tangan mereka berdua)

hmm ya.

Allah sayang korang. Allah sayang aku. Allah sayang kita.
Dulu aku pun macam ni.
 Jangan malu dengan aku. 
Malu dengan Allah.
Kalau korang cuba, mesti Allah tolong. 
Mungkin hidayah sampai ke aku lebih awal sikit.
Lepas ni korang pulak lah. 
*cuba ceriakan keadaan, bercakap sambil gelak-gelak manja dengan kawan*

Diorang masih senyap. membisu. Aku takut aku dah buat diorang kecik hati.
Tapi tak apa lah. Ni kebaikan untuk aku dengan diorang.

(dua-dua panggil nama aku...)
Kau tolong kitorang boleh?

Boleh. Boleh sangat sangat.

Tolong kitorang jadi macam kau. hmph

Macam aku? Aku masih hina. Kalau boleh kita sama sama jadi yang lebih baik. Ya?

Okay. Hmm tolong kay? Kitorang tak tahu apa apa serious.

Bukan tak tahu apa apa lah sayang, belum tahu. (cuba sedapkan hati)

Hmm serious aku malu sangat. Aku rasa dah sampai masa aku nak berubah. Aku pernah juga rasa nak berubah tapi selalu tak jadi, sebab takde orang nak tolong. Mak bapak aku mana kisah.

Sorang lagi pulak. Tarik lengan baju aku.
Aku pun. Tolong aku jugak tau. Aku lagi teruk bertudung tapi lengan pendek. Serupa takyah pakai kan? Hmm *tunduk*

Aku nampak air mata dia mengalir terkena seluar track suit dia. Terus aku angguk.
Ya ya InshaaAllah. Kita sama sama okay? (pandang sorang. Pandang sorang lagi)
*senyum*
Dalam hati, Allah yang tahu gembiranya aku time tu.

Okay jum lah kita balik. Dah petang sangat ni.
Nanti balik. Mandi, lepastu siap-siap solat maghrib tau.
Kena sempurnakan solat dulu. Lepastu baru buat yang lain.
(Tarik tangan diorang. Bangun.)

Peluk erat. Ukhuwah fillah masyaaAllah sangat terasa.

Dah dah jum jum. Hati-hati balik tau. Apa apa text aku ok. Sayang korang. 
(Mula membuka langkah. Masing-masing beredar. Dalam hati 'korang lupa beri salam. Assalamulaikum')



Kini. Kitorang still berkawan. Still contact through whatsapp. Masing-masing sedang berhijrah. 
Alhamdulillah. Semuanya bertudung labuh, menjaga hak kami sebagai wanita muslimah. 

'Comel-comel belaka muslimah ni sebenarnya'

Senyum pada diri. Simpan balik gambar-gambar lama bersama kawan. Selit dalam diari. Tutup diari. Bangun dari meja study. Ambil wudhuk. 
Aku qiamullail dulu. Pujuk diri jangan malas. 

Ingat sahabat, bukan mudah nak nasihat kawan. Lagi lagi kawan baik. Susah sangat. Takut mereka kecil hati. Tapi inshaaAllah, berkat ketabahan. Keyakinan terhadap dakwah, kita akan berjaya pujuk. 

Bila orang kata macam ni.
Assalamualaikum Ustazah (walhal kita bukan ustazah).

Kita jawab macam ni.
Waalaikumussalam warahmatullah, InshaaAllah. Kau bila lagi?

Dia pasti akan menjawab.
InshaaAllah juga.

Cuba lah :)

Salam sayang, Cik Eha. 
Wallahu a'alam//

Jangan harap aku nak patah balik.

Assalamualaikum warahmatullah sahabat fillah.
Refer tajuk. JANGAN HARAP. Ok jangan harap lah.

Apa yang jangan harapnya? Eh sabar sabar. Assobaru minal iman. Haa.

Jangan harap.
Jangan harap aku nak patah balik.
Jangan harap aku nak U-turn.
Eee Jangan harap lah.

Jangan harap.
Jangan harap aku nak balik zaman jahiliyah aku yang dulu.
Jangan harap aku nak jadi seksi macam dulu.
Jangan harap aku nak bukak apa yang aku dah pakai ni.
Eee Jangan harap lah.

Jangan harap.
Jangan harap kau boleh lemahkan aku.
Jangan harap aku kalah dengan ajakan kau ke arah keburukan.
Jangan harap kau boleh lawan takdir Allah.
Eee Jangan harap lah.

ni aku. Aku yang sekarang.
Jangan harap kau boleh ubah aku.
Cuma Dia yang boleh ubah siapa aku dulu dan siapa aku sekarang.
Jangan harap bila kau hina perubahan aku, aku akan balik asal.
Eee Jangan harap lah.

Orang kata, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata? Padan muka.
Tapi cuba kau fikir. Kalau takdir tuhan tu ibarat kata? Boleh undur?
Tidak. Kecuali Dia izinkan.

Tapi...
Aku tak pernah mengharap aku akan jadi seperti dulu.
Walaupun takde siapa tahu siapa kita nanti.
Terus menjadi baik atau Allah uji kita menjadi yang lebih teruk?
Siapa tahu? Tak ada siapa tahu.

Sebab tu.
Aku mohon.
Untuk siapa yang berniat nak berubah.
Siapa yang sedang berhijrah ke arah yang lebih baik.
Istiqamah.
Jangan hangat-hangat tahi ayam.
Allah bagi peluang, manfaatkan.
Allah bagi chance, gunakan.
Allah beri hidayah, teruskan perjuangan.

Jangan sebab orang kata "Eeee apa cerita dekat sekolah tak tutup muka kat luar tutup. Takde privacy ah macam tu" *for niqabis* atau "Apa ni bro, pakai kopiah segala. Solat kat rumah pun dah okay apa"
Kita terus down dan cabut semuanya.
Apa tujuan kita sebagai muslim? Kenapa kita hidup? Untuk apa? Mana asal kita? Kita nak pergi mana ni?
Tak fikir?

Jangan sebab manusia, hidayah yang Allah bagi dipersia.
Ingat lah. Bukan mudah hidayah nak sampai ke hati kita.
Kalau tidak kerana Allah sayangkan kita.

Percayalah.
Bangunlah.
Bukak mata lah.
Kita hijrah kerana Allah.
Tidak sama sekali kerana manusia.
Allah beri rezeki beri segalanya kat dunia ni.
Kalau ditafsir bahawa manusia yang memberi,
Ingat lah. Semuanya datang dari Allah.

Jangan berlagak. Jangan riak. Jangan takabbur.
Sungguh, hijrah memerlukan pengorbanan.
Ibarat jihad di medan perang.
Jangan takut. Sebab kita ada Allah.

Ingat tak? La tahzan. Inallaha ma'ana ^^

Teruskan hijrah. Jangan berhenti. Jangan harap orang boleh lemahkan semangat kita.
Siapa dia nak ubah diri kita? Bukan siapa-siapa.
So? Lets hijrah. Find Allah.
Ketahuilah sahabat, indahnya hijrah kerana Allah :')


Wallahu a'alam//

Orang tak akan terkejut kalau benda tu baik.

Assalamualaikum.

Kalau benda tu baik, orang takkan terkejut. Tetapkan iman dalam diri, aku berubah kerana Allah. Jadi, kalau berpurdah tu sesuatu yang baik, kenapa mesti orang tekejut? Terkejut dengan kita yang dulu tapi sekarang berpurdah/berniqab? Abaikan kata-kata negative dari orang lain. Kalau dah pakai, jangan pernah buka. Ingat tu muslimah :')

Barulah Cinta Namanya.

Assalamualaikum.

Apakah kau pernah tertarik kat orang lain tapi tetap setia mendampingi dia tanpa rasa menyesal?
Barulah tu cinta.

Apakah kau terima segala kesalahan & kekurangan diri dia sebab tu lah sebahagian dari diri dia?
Barulah tu cinta. 

Apakah kau menangis bila dia sedih walaupun sebenarnya dia kuat untuk menghadapinya sorang-sorang?
Barulah tu cinta.

Apakah ku maafkan dia & bersedia untuk tetap bersamanya
saat dia menyakiti hati dan perasaan kau?
Barulah tu cinta.

Apakah kau tetap setia walau apapun yang jadi. Saat gembira ataupun sengsara?
Barulah tu cinta.

Apakah kau dah ready berikan hati kau, episod kehidupan kau, suka duka kau dengan dia?
Ya, itu lah cinta.


Adik-adik, hang nak bercinta. Hang kena fikir dua tiga kali beb. Takut cinta manusia makan diri. Cinta Allah tinggalkan diri. Sudahnya, lupa diri. *Ganas tak ganas tak?*

Wallahu a'alam///

Hati ni milik Allah. Tapi pada masa sama ingin dimiliki oleh manusia. Apakah aku dah bersedia?

Assalamualaikum. Sahabat fillah. Yang masih bernafas didunia yang fana. 

Sungguh.
Hati ni perlukan seorang pembimbing.
Pembimbing yang mampu memimpin aku ke syurga Allah.
Tapi...
Mana aku nak cari? Siapa dia? Dia kat mana sekarang?
Adakah dia seorang alim ulama? Seorang mat rempit? Pencuri atau perompak? Penoreh getah atau pembawa lori? 
Allahu....
Aku masih menunggu Ya Rabb.
Andai.
Andai kata.
Satu hari nanti.
Jodoh Kau tu lah yang akan pimpin aku menuju Jannatul Firdaus.
Aku akan berusaha sehabis mungkin untuk menjadi muslimah yang sejati. InshaaAllah.
Tapi Ya Allah...
Apakah aku perlukan teman sekarang ni?
Perlu ke Ya Allah?
Atau patutkah kami memberi haluan masing masing dahulu?
Patutkah begitu?
Walaupun hakikatnya kami saling mencintai keranaMu?
Allahuakbar. 
Hati hati dengan niat.
Ya. Niat kerana Allah tapi hati kita cuma Allah yang tahu.
Ikhlas atau tidak. Dia yang tahu.
Sungguh. 
Aku takut dalam berniatkan sesuatu :'/
Aku takut didunia aku buat segalanya kerana Allah tapi hakikatnyaa?
Aku masih perlukan ganjaran untuk diri sendiri dan bukan kerana Allah.
Nauzubillah.
Aku masih jahil Ya Rabb.
Jauh hina. Hinaaaa sangatt.
Apakah kau sentiasa menerima taubat aku?
Setiap hari.
Aku cuba berubah.
Jadi yang lebih baik.
Sebab aku impikan khaira ummah (sebaik-baik umat)
Tapi apakah aku mampu? 
Apakah aku akan tergolong dalam sebaik-baik ummat tu?
Ya Allah....
Sungguh aku malu denganMu.
Malu untuk mengaku aku lah hambaMu yang terbaik.
Kau tak pernah sikit pun hampakan aku
Tapi aku? MasyaAllah.
Setiap masa aku hampakan Kau.
Jika satu hari nanti...
Kau temukan aku dengan dia kembali.
Apakah kami akan bersatu dan bersama sehingga kami menghadap illahi?
Ya Allah....
Sungguh aku tak tahu.
Tak tahu tentang apa apa rancangan Kau.
Kau lah perancang terbaik.
Aku tak nafikan.
Aku redha dengan apa yang Kau beri.
Dengan apa yang kau uji.
InshaaAllah.
Kami bersatu di jalanMu.
Aku terpaksa membenci rakanku yang bercinta bukan dijalanMu hanya dalam hati.
Nak jaga hati.
Sebab fikir kawan sendiri.
Tapi bila lagi kan Ya Allah?
Aku tunggu.
Aku tunggu saat semua hambaMu kembali padaMu.
Aku tunggu. Aku tunggu segalanya dari Kau Ya Allah,
Dan bila kau beri, satu ucapan untukMu.

"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur dengan nikmatMu."


Salam sayang dari saya. SAlam rindu buat Rasulullah dan Sahabat :')
Wallahu a'alam//

SOALAN? MESTI KENA JAWAB. KAN?

Assalamualaikum ahli kubur. Chikeboom chikeboom. Masih berdiri teguh menghadap langit ilahi? Sudah bersyukur dan ucap Alhamdulillah atas rezeki yang kita dapat harini? Kalau belum. Silakan. Take one minute. Say Alhamdulillah :)

SOALAN YANG DIAJUKAN KE SAYA:

1) Saya suka dia. Dia suka saya. Kami tak couple. Ni dianggap zina ke?

Jawapan: Zahirnya korang tak bercouple yang hakikatnya kita tahu couple tu haram. So suka sama suka niat kerana Allah, tak apa. Asalkan ikut syariat Islam. Tapi kalau otp dan text yang menaikkan nafsu terutamanya si lelaki. BERZINALAH tu namanya. Pastikan jangan silap langkah.

2) Apa Cik Eha buat (sempurnakan diri) time mula mula nak berubah?

Jawapan: Lengkapkan solat dulu. Lepastu baru pakaian. Kemudian baru muhasabah diri, ajak kawan kawan yang lain. Senang cerita, sempurnakan diri dulu, betulkan diri dulu baru orang lain :)

3) Kenapa Cik Eha ambil keputusan hijrah sekarang? (time muda)

Jawapan: Muda lah masa terbaik. Awwak nak tunggu tua. Apapun tak lekat dah dalam hati. Ibarat conteng atas batu. gerenti kekal kan? Cuba conteng atas air? Apa awak dapat? NONE. Zero, sayang :))

4) Macam mana nak lembutkan hati orang yang batu api ni? (Soalan macam pelik)

Jawapan: Api kita padam guna apa? Air kan? Air apa? Air sejuk. Yes. Nak elokkan batu api tu, nasihat dan lembutkan hati dia. Nasihat elok-elok. InshaaAllah berjaya. Percaya lah! ^^

5) Mak bapak saya selalu bebel tak tentu pasal walaupun saya online twitter dengan FB. Lepastu mesti saya betah balik. (Ganas ni kuikui)

Jawapan: Adik sayang, parents bebel sebab sayang. Nasihat sebab kita anak dia. Kena terima. Jangan deny. Memang salah adik kut. Kalau tak takkan dia marah. Mungkin adik online time waktu solat atau terlebih waktu? Hah. Cuba muhasabah balik. Jangan benci mereka dik. kalau diorang dah takde, mesti adik rindu bebelan diorang :')

6) Saya tak tahu apa tu platonik. Terangkan boleh? (soalan remaja bercintan cintun)

Jawapan: Saya pun tak tahu. Saya taknak ambil tahu tentang platonik. Yang saya tahu, alangkah indahnya jalinkan ukhuwah kerana Allah. InshaaAllah nawaitu keranaNya, pasti diredhai hubungan kita :>


SETAKAT NI JE SOALAN YANG DIAJUKAN. 
Hehehe lain masa boleh tanya melalui: 
Wechat: NurulFatehaha/bbm: 2A9A3FD9.
Semoga hidup ukhti dan akhi sentiasa mendapat barakahNya dan dibawah jagaanNya Aaamiin :'))
Wallahu a'alam.

Permintaan.

Assalamualaikum ya muslimin wa muslimat.
Oleh kerana ramai yang dm, text dan wassep saya suruh on balik Encik Facebook. Saya akur dengan request mereka mereka :)


Tu dia. Link fb saya. Boleh add. Sama sama kita sebar dakwah. Kerana Allah. In shaa Allah :))

Wallahu A'alam//

SEKSI ADA PAKWE. MUSLIMAH TAKDE PAKWE?

Assalamualaikum warahmatullah.
Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abada, In shaa Allah. Jum mencari redha Allah :>


Okay. Adam dan hawa. Awak jangan cakap macam ni:

"Adam, jaga lah hawa" "Siapa Adam? Siapa Hawa? Aku kenal ke?"

Nanti ditanya kat akhirat kalau awak tak kenal siapa mereka. Saya ada nampak tweet tu, dia tanya siapa adam dan hawa. Sedih :'/ Remaja melayu, Islam pula tu. Hmm..

Okay, lari dari tajuk. Macam biasa lah. Di twitter masih ramai lagi twitpemes yang seksi meksi dan hot meletop. Hmm bukan nak marah, bukan nak kutuk. Tapi sebagai saudara sesama Islam, kita wajib tegur mereka yang ada buat salah. Tak salah nak tegur, tegurlah dengan cara. Cara yang betul. Jangan dengan maki hina dan sebagainya.

Okay tengok tajuk. SEDIH KE?

Macam ni lah ceritanya. Bila dia seksi, bila dia free hair, bila dia hot dan popular, DIA ADA PAKWE. 

Hm hmm hmm. Macam mana tu ek? Awak jealous ke dia ada pakwe? JANGAN.
Jangan jealous. Okay? Awak muslimah, awak jaga aurat, awak kekalkan identiti awak tu. Jangan sebab awak jaga hak sebagai wanita Islam, nampak dia yang seksi meksi tu ada pakwe, awak pun berubah jadi macam dia. Alasan sebab?

NAK PAKWE.

Haih kemon lah kemon. Jangan duk sibuk sangat fikir pasal benda ni. Memang setiap manusia kena usaha mencari jodohnya, tapi sabar sabar lah kalau ye pun. Tak salah. Tak salah pun nak fikir pasal cinta. Tapi jangan terlalu berlebihan.

Ingat lah awak, LABUHKAN CINTA KITA KEPADA SANG PENCIPTA. Terlebih dulu.

Bukan nak kata apa lah. Tapi dalam COUPLE ni kebanyakannya tak kekal. Ya, dah banyak kita nampak. Sebab apa? Awak tahu sebab apa?

Sebab......Allah tak meredhai hubungan kita di dunia yang CINTAKAN MANUSIA tapi LUPAKAN DIA. Sebab tu lah, kita doa banyak mana pun duk harap kita kekal dengan kekasih kita, kalau Allah tak redha, perkara tu sia sia :')

Sabda Rasulullah:

 "Cintailah manusia biasa sahaja. Jangan terlalu cinta kerana satu hari nanti dialah orang yang kamu benci. Dan jangan terlalu benci kerana dialah yang kamu cinta satu hari"

Sebab tu,toksah lah duk cinta sangat. Takut dia yang kita benci nanti. Toksah benci sangat pulak. Kut kut dialah jodoh kita nanti.

Awak, oh awak.
Bukan senang tau kita nak kahwin ni. Ramai yang kata:

"Nak kahwin lah. Aku nak kahwin eee tak sabarnyaaaaa!"
(Situasi ni selalunya antara kawan kawan kita. Sedang borak2 hehe)

Apa yang kita cakap waktu tu, SATU KEINGINAN. Tapi tanpa NAWAITU yang betul.
Awak, nak kahwin, nak nikah bukan kita WAJIB COUPLE pun. Bukannya Allah kata:

"Sesiapa yang mahu bernikah, hendaklah ia bercouple dahulu."

Takde kan kan awak? Dah tu kenapa sibuk nak couple lagi? Tak payah tak payah. Okay? No need :')
Sabar okay sabar. Satu hari kalau Allah nak bagi, dia akan bagi yang lebih baik dari yang awak suka tu (CRUSH).

Dan.....
Tak salah sebenarnya nak bercinta. Yang sahihnya, COUPLE TU HARAM. Kalau awak nak bercinta kerana Allah, isokay ^^ Asalkan awak cinta Dia, Rasulullah dan para sahabat dan family awak dulu. Awak jangan lah macam ni:

"AKU CINTAKAN KAU SEORANG. TIADA YANG LAIN AKU CINTA DARI KAU SEORANG"

Eh apa kena tu? :O Hahaa hambarnya ayat ayat orang bercouple ni kan? Janji janji manis yang susah nak ditepati. Sebab apa tak mampu ditepati? Sebab takde redha dariNya :) TAKE NOTE.

Lain lah kalau, awak bercinta KERANA ALLAH. 

Macam ni contoh situasi:

1. Awak, jangan terlalu suka dan cintakan saya. Saya tak mampu berjanji untuk cintakan awak sepenuh hati sebelum kita sah dimata semua orang. Niatlah awak, kita saling mencintai keranaNya.

2. Kenang daku dalam doamu. Kita tak payah jumpa tau, tak payah dating dating tau. Awak doakan saya, saya doakan awak. Okay? (Hah ini cun)

3. Awak, tutup aurat, jaga iman, jaga hati, jaga diri, jaga mata. Awak tahu kan zina tu boleh jadi bila bila masa je? Saya harap awak dapat jaga diri sebagai hambaNya. Saya sayang awak, sebab tu nasihat :)

4. Bila keluar rumah baca doa, bila nak buat apa-apa baca bismillah. Ingat Allah ada tengok awak setiap masa. Jangan tersilap langkah.

5. Dah masuk waktu, jum solat jum awak.

6. Jaga lah diri awak macam mana awak jaga saya di setiap ucapan dalam doa awak. Semoga Allah kabulkan doa kita yang jauh ni. Aamiin.

Ya Allah, aku masih menunggu cinta manusia dariMu. Hadirkanlah ia bila mana Kau hendak ianya hadir kepadaku :')

Nampak tak situasi kat atas tu? Subhanallah... Indahnya jika bercinta kerana Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang saling mencintai, kamar-kamarnya di syurga nanti seperti bintang yang muncul dari timur atau bintang barat yang berpijar. Lalu ada yang bertanya, “siapa mereka itu?, “mereka itu adalah orang-orang yang mencintai kerana Allah. 
(Hadith Riwayat Ahmad)

See? Tak rasa nak macam tu ke awak? Apa lagi. Yang bercouple tapi asalnya takde niat kerana Allah, ubahlah. Ini kalilah ubah ^^

Eh tak masuk politik pun lah, Sesuai lah tu dengan entry kali ni. 

UBAH! INI KALILAH!

Haaa. Azzawajalla. Kalau sekarang ni awak sedang bercouple, tanpa niat yang betul. Berhentilah awak. Beritahu kat dia:

"Awak, lepas kan saya, saya lepaskan awak untuk masa sekarang. Bukan tak cinta, bukan tak suka dan bukan sebab bencikan awak. Tapi kita serahkan hati masing-masing kat Allah dulu. Saya tunggu awak, awak tunggu saya. Cuma sekarang saya sedar, kita couple terlalu banyak dosa saya dan awak buat tanpa kita berdua sedar. Saya harap, awaklah jodoh saya satu hari nanti. Ingat ni awak, Innallaha maana. Allah ada untuk awak, dan saya"

Hah macam tu lah gayanya. Bukannya PUTUS DI TENGAH JALAN. Tapi sebab tanggungjawab sebagai seorang yang sentiasa ingat kat Allah.

Kalau dia tak dapat terima, menangis, merayu nak couple lagi. Awak jangan terlalu lembut hati untuk memberi balik hati awak kat dia. Sebab.... Awak dah serah hati awak kat Allah. Mana boleh ambil, selagi Allah belum izinkan. Sabar lah wahai hati :')

Jangan sedih. Jangan meratap pemergian MANUSIA. Manusia hilang, pasti akan berganti. Tapi kalau Allah terus takde dalam hati awak? Tiada yang dapat ganti cinta Allah. MasyaAllah :'/

Ingat lah sahabat, bukan Allah rampas apa yang awak ada kat dunia. Pakwe awak, makwe awak. Dia tak rampas. Tapi dia pinjam sekejap. Dia pertimbangkan siapa yang terbaik buat awak. Sedarlah, dari kita dalam rahim ibu kita lagi, jodoh kita dah tertulis. Nak atau taknak. KITA TUNGGU. Ya? :)


Semoga awak dan awak dan awak yang membaca, yang masih couple, tidak bercinta di jalanNya, timbul sedar dalam diri. Ingat, kita hidup cuma sekali. Jangan pernah sia-siakan hidup kita yang sementara sebab kita sebenarnya seorang musafir yang mempunyai satu hala tuju, satu destinasi. Iaitu SYURGA ALLAH.


Salam sayang dari saya.
Wallahu a'alam///

CANTIK ke HODOH?

Assalamualaikum warahmatullah. Hi semua muslims :3
Okay. Hari ni, saya nak cerita pasal apa? Haaa refer tajuk cepat!

YES. CANTIK ke HODOH?

Cantik ke hodoh? Mesti lah semua orang nak rupa yang cantik kan? Yaaa, betul tu. Saya pun kadang2 memang terasa nak selalu cantik.

Awak. Kenapa awak suka bila awak cantik?
Awak. Kenapa awak takut bila awak hodoh?

Tak tak tak. No no no. Jangan pernah rasa macam tu. Sebab apa?

SEBAB SEMUA CIPTAAN ALLAH TU INDAH. MasyaAllah :')

Kita ni sebenarnya sebaik-baik ciptaan. Janganlah terlalu sedih bila ada orang yang lebih cantik dari kita.

Kerana Diri Begitu Berharga.

Hargai diri awak di dunia ni. Sebelum sampai masanya. Bersyukur lah dengan apa yang ada. Bersyukur lah dengan apa yang Allah bagi. Toksah nak merungut sangat. Okay? Alhamdulillah, ucap lah Alhamdulillah. Senang dan mudah. Tak kena bayar pun awak ^^,

Dann........
Ini yang paling penting. Kita selalu nampak orang yang cantik, yang seksi, yang hot sana hot sini. ADA PAKWE//////

Kan? mesti kita pun rasa nak jadi macam diorang. Ada ramai orang suka, ada ramai orang layan kita.
Hahaaa tapi awak..... Ingatlah.....

Bila kecantikan kita, keseksian kita...
Kita tunjuk pada orang ramai, orang ramai suka tengok kita.... Sedarlah...

TU SEMUA DUNIA. SEMENTARA :')

Awak, jangan pernah bangga kalau ada pakwe. jangan bangga. Jangan sesekali. jangan duk puji pakwe 24 jam. Tak ada guna awak. Baik awak puji Allah. Setiap masa, setiap hari. Pahala dapat, dosa tak dapat. Kan? Cuba lah :))

Sebab tu, bila awak sorang2, takde kekasih. Ingatlah. Awak masih ada family awak, kawan awak. Jangan risau, kalau takde manusia kat dunia yang memahami awak. AWAK ADA ALLAH. Ingat tu. Sentiasa ingat. Ya?

Saya dulu pun. COUPLE. Zaman remaja ni memang mencabar kankan? Ha'ah. memang pun. Sebab tu, kadang2 apa kita buat pun kita tak sedar dosa haram halal pahala. Selalunya, cenderung kepada dosa... Nauzubillah :'/

Saya seronok bercouple. Saya niat nak jadikan suami. Dia niat nak jadikan isteri. Biasalah, janji2 manis ketika bercouple. Biasa lettew. Hihihi. Tu lah awak, jangan ikut budaya couple ni. Tak elok pun. Lain lah kalau bercinta kerana Allah. Tu beza sikit :)

Bila couple, macam2 zina kita buat, zina hati, zina mata, zina mulut. Astaghfirullah. Time bercouple je.... Cuba kira, berapa dosa kita dapat? Subhanallah :'(

Untuk pengetahuan semua. Ya. Saya baru je lepaskan tanggungjawab saya yang palsu sebagai seorang MAKWE. Ye. Baru je. Dalam bulan ni juga. dannnnnnn saya sangat bersyukur :')

Allah lepaskan dia, Allah beri yang lebih better, In Shaa Allah Aamiin...

Bila sendiri. Ada Allah. Saya rasa, apa2 pun saya masih ada Allah. Saya menangis. ye saya ngaku saya nangis bila si dia buat saya macam ni. Tapi saya tahu, ni semua rancangan Allah yang saya tak tahu pun akan jadi macam ni. So, apa saya buat?

Alhamdulillah Ya Allah, semoga Kau sediakan seseorang yang bakal bimbing aku ke syurgaMu nanti. Aamiin :')

Ingat tau hawa. Jangan sedih. Jangan meratap pemergian manusia terlalu over. Allah tak suka. Sedangkan masih ada Dia dengan kita. kenapa perlu terlalu meratap dengan kehilangan manusia? Kan? Haaaaa jum istiqamah. Sama sama kita muhasabah. Kita hidup, kerana Dia.

Jangan terlalu gembira, jangan terlalu sedih, Sebab apa? Sebab semuanya ketentuan Allah pada kita, hambaNya yang hina MasyaAllah :')

Semoga entry kali ni, menyedarkan awak, saya, kita semua. Betapa pentingnya Allah dalam hidup kita kalau nak dibandingkan dengan manusia. Jauh lebih hina kita ni kan? Jum. Jum kita bangkit. Jum kita bangun. Lihatlah diri kita. Siapa kita? Apa tujuan kita kat sini. Ingat ya :)

Berpesan-pesanlah. Kerana pesanan yang sikit tu mampu menyedarkan kita sampai bila-bila in shaa Allah.

Wallahu a'alam/////

STAY GREAT.

Assalammualaikum. Terlampau lama tak meng-up-to-date-kan blog ni. Ye, saya tahu blog ni buruk. Dah berhabuk, hapak, berkulat, berdaki. Tapi saya tak kisah lah. Apa orang nak kata. Asalkan saya tahu blog ni saya punya. Bukan orang punya sebab tu saya berani menegakkan hak saya hihihihihi :3

Ohya. Kehidupan diteruskan dengan azam yang kuat. Azam yang membara gitu :'D Saya taknak lah sebab saya sakit, jadi punca saya takboleh nak move on. Please lah teha, kau dah besar. Kau nak hidup lagi lama kan? Haa maka, perlulah bersabar. Berdiri teguh, jangan jatuh, jangan lemah. SAKIT BUKAN PENGHALANG KAU UNTUK HIDUP TEHA! Yehh strong *tunjuk muscle* ^^'

By the way, hidup dalam kesakitan ni sebenarnya banyak pengalaman yang manis tau. Boleh buat kita bergaduh dengan adik beradik sendiri walaupun kita taknak bergaduh. Boleh buat orang lain datang tanya kita ambil tahu pasal kita. Tapiiiiii, KITA TAKNAK ORANG TAHU. Kita taknak orang nampak kita lemah. Bila diorang nampak kita lemah, mulalah buat cerita bukan bukan kan? :') Saya dah mengalami semua tu. Apa saya buat. SABAR.

Kadang kadang kita minta kita demam so takpayah pergi sekolah. Kadang kadang kita kata tolong jangan datang dekat sakit. aku nak sekolah. Tapi bila sakit tu datang dari Allah, pernah kita terfikir nak jadi yang lebih baik? Tak. Kita down dan lemah lalu berputus asa. Hahahahaha :"D Mak saya selalu pesan

"Fateha, macam mana nak sembuh kalau tak lawan? Lawan banyak, jangan lawan sikit"

Apa yang saya terus fikir. Ha'ah. Aku tak lawan. Mungkin sebab saya takut? Tak. Saya lemah? Entah. Apa kau buat ni teha? Minta tolong diri kau teha, lawan sakit kau. Makbapak kau risau, abang kakak kau risau pasal kau sampai kau kena marah semua gaduh semua kau nak terus macam ni? 

One day, after maghrib, ditakdirkan oleh Allah untuk saya dan kakak saya mnegadakan pergaduhan. Hehe tak ada lah. Ye, kitorang bergaduh lepas maghrib. Waktu tu saya belum mandi. Ye lah kan, saya kan sakit. Parents tak ada. Settlekan problem cousin dekat SMKA Segamat. So diorang balik malam. Tinggal lah adik2 sedara, adik saya, kakak dan saya di rumah. Kononnya tanggungjawab kami untuk menjaga kanak2 riang tu. Saya sibuk membaca solusi, baring atas katil. Hmm takdir kan, KAMI BERGADUH SANGAT TERUK.

Apa saya buat, saya balas tapi saya tak buka mulut. hakikatnya, saya taksedar apa yang berlaku. Cuma saya sedar akak saya kata lepas dia rampas majalah solusi daripada saya:

*JERIT* "Kau tahu tak kau sakit?! Pandang muka akak! Kau dengar tak?!"

Syaitan kan? Maghrib2 ajak gaduh. Hmm saya fed up. Aku tahu aku sakit, tapi kau takpayah menyebok. Ye, saya salah jugak sebab takdengar nasihat dia. Saya pergi sofa, saya baring. Saya selimut badan saya, saya cuba pejam mata. Akak datang baling bantal semua. Dia cakap:

"Sampai bila kau nak macam ni?! Kau nak sakit je? Teruskan lah perangai macam tu!"

Apa saya buat lagi? TIDUR. Esok sekolah :'>

Kat sekolah, Jumaat. Saya budak baru. So saya ikut je kawan saya pergi mana. Ke surau. Kelas Agama. Ustaz datang lambat, kitorang duduk kat kantin. Kawan datang nak pinjam gunting. Saya kata AKU ADA! Lepastu, bukak pencil case, saya nampak surat. Dari depan saya nampak perkataan 'TEHA (TT)'

Dalam surat tu, tulisan dia agak buruk :'D

My dear fateha....
my lovely younger sister...
I dunno why I was so angry yesterday..
I am so sorry...
I regret for what I've accidentally done to you..
I love you.. so much..
I don't want u to fall sick again..
Please return back my old fateha..
I want her...
I miss her so much..
Yeah, we always argue like cat & dog..
But deep in my heart, you're the best
sister i've ever had in my life..
I am truly sorry for everything...
I know I'm a bit harsh, but this is me..
I'm sorry teha.. (TT)

love you;
                                                                                                                                      akak

Makin lama tulisan dia makin buruk :'> habis je saya baca, i cried. Menangis pada hari Jumaat. menangis yang teramat sedih. Apa lah Teha ni. orang sibuk ambil berat pasal kau, tapi kau? 

*Kawan datang tenangkan perasaan ni*
*Janji dengan diri sendiri, FIGHT FOR LIFE*

That is me. The old me is a happy person. Everything i do, i really do. Thats all.

Gembira

Aku gembira sebab digembirakan. Aku harap gembira tu bukan sekejap, lama :'3 Aamiin

Nanti Ku di Pintu SYURGA

Assalamualaikum , sekarang teha nak share dengan awak semua satu KISAH yang mungkin boleh buat kita semua menangis . text ni dipetik dri BLOG seseorang yg mngkin tak perlu diketahui umum :') terima kasih .


Bismillahirrahmanirrahim.
Kisah yg akan ku coretkan kali ini benar benar terjadi dlm hidupku dan membuatkan ku sukar untuk ku menelannya.

Akhir tahun 2010,seorang gadis telah add ku di facebook,kami berkenalan.Satu ceritanya yg buat ku tertarik ialah,dia mel kan aku sesuatu kepadaku.Emel tersebut menceritakan kisah hidupnya yg tidak pernah terbuka hatinya untuk menerima insan bernama LELAKI sebagai teman hidupnya.
"Awak pernah kapel?seumur hidup saya,tidak pernah lagi saya ada teman lelaki istimewa.Tapi dulu masa sekolah,saya ada admire seorang senior saya.Malangnya,lelaki tersebut dah berpunya.so,saya simpan je dlm hati ni tntang perasaan sy terhadapnya sampai laa habis sekolah.Awak pernah kapel?Apa rasanya bercinta ek?"

Hatiku terdetik utk mencuba nasib mengajarnya erti bercinta.Tepat pukul 5.50 am pada tarikh 5 Januari 2011,kami mnjadi sepasang kekasih.Untuk pengetahuan,ibu bapanya melarang dia mempunyai facebook dan dia di benarkan menggunakan laptop setelah tamat SPM untuk tujuan tertentu sahaja.Aku mengajarnya tentang penggunaan YM.Lama-lama,aku mengajarnya tentang Skype pulaa.Pada mulanya,dia seboleh-bolehnya tidak mahu mewujudkan satu acc Skype.Namun akhirnya,dia wujudkan juga satu acc utk Skype.Kami ber-Skype namun tidak menghidupkan web cam kerana dia tidak mahu menunjukkan wajahnya.Beberapa hari juga kami tidak tidur dan lama kelamaan dia membenarkan dirinya untuk dilihat menerusi web cam.Yang berbezanya dari perempuan lain yang pernah ku jumpa setakat ni,dia sgt menjaga auratnya sehinggakan sanggup bertudung utk ber-Skype.Masya Allah.Tidak ku nafikan,dia seorang yg baik,solehah,alim.Mengejutkan aku untuk solat Subuh,berpuasa tiap kali dia bekerja,kadang-kadang aku tidur pada waktu tengah hari dan hampir terlajak,dia call aku utk menyuruh ku solat dahulu.Dia pernah mengerjakan Umrah bersama keluarganya yg tersayang.2 org abgnya kini sedang belajar di UK.Dia merupakan anak ke-4 dari 6 org adik beradik.Dia juga meminta ku mengajarnya untuk masak Maggi Goreng kerana dia tidak dibenarkan oleh maknya ke dapur untuk memasak.

Tetapi,aku telah membuat satu kesilapan yg teramat bodoh dlm hidupku.Aku sanggup minta utk berpisah kerana ingin kembali kepada kekasih lama.Dia langsung tidak dpt terimanya.Dia memujuk ku untuk tidak pergi dari hidupnya,dia mengatakan bahawa dia nampak kejujuran syg ku terhadapnya melalui mataku.Sehinggakan dia bertekad dan berdoa kepada Allah bahawa aku lah lelaki pertama dan terakhir dlm hidupnya.Subhanallah.Tetapi,aku menafikan segalanya kerana kebodohanku.

Aku tidak text dia untuk satu jangka masa yg lama.Sehinggakan pada suatu hari,adiknya pula yg text aku mengatakan bahawa si dia pengsan di tempat kerja.Pada mulanya,aku ingat tiada apa-apa yg serious berlaku.Aku bertanya kan khabar dia dan dia menyatakan bahawa dia sudah sembuh dan telah pulang ke rumah dari hospital.Namun,pada esok paginya,adiknya sekali lagi text aku dan mengatakan bahawa si dia tidak sedarkan diri,suhu badannya naik dan kesukaran utk bernafas.Ya Allah.Aku gusar.Adiknya memberitahu padaku bahawa maknya sempat membawa si dia ke hospital.Setelah pulih,aku kembali membuat seperti biasa.Aku tidak text dia langsung.

Suatu hari,dia memberitahu ku yg dia akan ke UK.Pada mulanya aku tumpang gembira kerana ingatkan dia akan berangkat ke sana untuk meneruskan pengajian.Tetapi segalanya berubah.Dia memberitahu bahawa dia akan ke UK untuk membuat pembedahan.Dia menghidap penyakit darah beku di dalam kepala dan di syaki Leukimia.Subhanallah.Aku tersentap.Sambungnya,ayahnya ingin bawa nya ke UK kerana ayahnya tidak dpt menerima kenyataan bahawa anaknya menghidap penyakit tersebut.Ayahnya ingin membawa nya ke UK untuk membuat check up sekali lagi.Dia menambah,kalau kat UK,dia dpt berjumpa 2 org abgnya mungkin buat kali terakhir.Aku sebak mendengar penjelasannya.

Malam sebelum dia berangkat ke UK,dengan tangisan pilu dan syahdu dia menelefon aku.Dia menunaikan hasratnya untuk menyanyikan satu lagu buatku.Dia menyanyi sekerat jalan kerana tidak mmpu menahan sedih.Dia juga berharap agar dpt ber-Skype dgn ku buat kali terakhir sebelum dia berangkat ke UK.Tetapi,di sebabkan aku sedang bekerja,aku tidak dapat menunaikan permintaannya.Mesej yg terakhir sebelum dia berlepas ke UK,dia meminta emel dan blog ku.dia juga meninggalkan satu video kepada adiknya.Yg mana,video tu akan di uploadkan adiknya sekiranya dia benar-benar pergi buat selamanya.Aku memberi harapan yg setingginya kerana percaya yg si dia ada peluang.dia sering mengatakan ini mungkin kali terakhir dia dpt contact ku.Dia menyatakan yg dia akan pergi buat selamanya,dia menasihati ku sepaya menjaga solat,menjaga kekasihku dgn sebaiknya dan kurangkan merokok (masa kami masih lagi sepasang kekasih,setiap hari dia tidak pernah miss untuk bertanyakan sudah berapa batang rokok yg aku ambil).Dia juga menyatakan bahawa dia bersyukur sekiranya dia pergi untuk selamanya kerana doanya sudah dimakbulkan Tuhan (doa untuk menjadikan aku lelaki 1st dan terakhir dlm hidupnya).Sempat dia tenangkan hatiku,dia berkata bahawa dia akan tunggu ku di pintu syurga.Masya Allah.Betapa sedihnya aku waktu tu.

Sesudah dia berlepas,dlam beberapa jam,dia mel aku.Dan seterus-seterusnyaa....
12 Februari 2011 Saturday 3.02 am

"assalamualaikum arif..Mira dh selamat smpai di UK..n dah bertemu dgn abg abg Mira..em jap lagi Mira de check up..ni pun sempat bukak kejap..t lau free Mira akan citer2 dgn arif eah..bye..take care.."

12 Februari 2011 Saturday 9.41 pm
"em..result dh dpt..Mira de Leukimia :'(..nmpaknya Mira tk dpt hidup lama lagi..emm pembedahan akan dilakukan segera..mybe next week on Tuesday..kan Mira dh ckp,Mira tk kan hidup lama..tk pe laa.take care eah arif..ckp nan ***** org kem slm..bye2 arif.."

"emm n more,,please sgt sgt delete all my pictures...please?n jgn bg org lain tgk pic sye k..sy tk ske..tlg eah..delete my pic n forget all bout me..sy da nk mati..bek awk lupakan je smua sal sy dan delete smua pic2 sy..tlg sgt2 eah..i'm begging u..please tau.."

13 Februari 2011 Sunday 1.35 am

"emm wk,,sebelum sy g wt slama-lamanya..izinkan sy utk ckp..kalau boleh awk try kurang kan lah merokok ye?lau leyh 1 batang sehari..ye?ermm.jge ur family bek2..jaga kesihatan awk bek2..emm setia pd yg satu,,syg pd yg satu..thnks coz pernah syg kan sy..n bg sy peluang tuk syg kan awk,care sal awk,share my probs with u..n share ur probs with me..thnks coz bukakan hati sy utk insan bernama lelaki..thnks coz slalu buat sy hepi nan awk even sy tk pernah wt awk hepi..thnks coz dulu slalu mengalah dgn sy..thanks coz tahan dgn kerenah sy sepanjang kita kapel..sorry i'm not perfect to u..sy tk ckup smpurna utk awk..walaupun kita tk prnah jumpa..at least,,sy pernah tgk muka awk..cayelahh..awk cinta pertama dan terakhir sy..slamat tinggal awak..hope awk akan bahagia di smping org2 yg awk syg..anggap la sy tk pernah wujud dlm kamus hidup awk..coz sy tk pernah bg awk mkne pe2...sori.."

13 Februari 2011 Sunday 8.40 am

"miera mintak maaf if 1 day,when u need me or someone 2 hear u,i'm sorri if i don't have at that time...mybe mira da g...ermm..mungkin arif terlalu baik utk mira..that's why Allah makbulkan doa mira..u be the 1st and the last in my life..smpai nafas mira yg terakhir..arif laa yg terakhir.."

17 Februari 2011 Thursday 10.47 pm

"ermmm assalammualaikum awk..Alhamdulillah selamat menjalani pembedahan buang darah beku..ermmm...maaf lme tk balas emel awk..ni pun masih di hospital lagi...awk sihat?***** sihat?ermm...nnti mgkin sy makin bz..jalani terapi...ermmm..p memang cam dh tk de harapan nk sembuh...maaf ye kalau sy ganggu awk.."

Itulah emel terakhir yg aku dpt drpd nya.Namun,tepat pada 22 Feb 2011,sewaktu aku sedang bekerja,maknya menghantar satu mesej kepadaku(utk pengetahuan,dia pergi ke UK dgn bapanya sahaja) ,

"Assalammualaikum. Kepada kawn2 Nurasmirah Binti Mohd Soileh amir, maafkan dia ye.dia telah meninggal dunia pada pukul 2 pagi tadi.jika dia pernah berbuat apa2 kesalahan,maafkan dia ye. Jenazah arwah dalam perjalanan pulang ke malaysia. Mohon doakan tidak ada apa2 yang terjadi kepada jenazah arwah semasa perjalanan.terima kasih.jemputlah datang ke majlis kenduri arwah pada hari jumaat ini. Assalammualaikum.ikhlas dari mama mira."

Aku terpaku,terkedu dan terdiam seketika.Kakiku bagai tidak dpt melangkah lagi.Terasa menyesal menyelebungi hidupku.Nasihatnya,tidak pernah ku lupakan.Aku pasti teringat kata-katanya ketika mahu merokok.Alhamdulillah,kini aku bukan lagi perokok tegar.Dan sekarang aku hilang kesemuanya.Kekasihku pun meninggalkan diriku namun,aku redha dgn takdir yg di tetapkan Illahi.Mak nya memberitahu ku, arwah meninggal kerana Leukimia yg kronik.Tetapi sebelum pergi,arwah tidak menunjukkan sebarang tanda.Wallahualam.

Allahyarhamah pernah meninggalkan kepada ku satu lirik lagu yg di cipta sendiri dan menyuruhku menyiapkan lagu tersebut.Siapa nk tahu boleh la cari video di facebook sy.Tajuk lagu tersebut , "Without a Word" .
*cerita ni lebih kurang mcm cerita HANI di TV3 tetapi yg membezakan nya ialah ianya cerita benar dari ku.
*tidak dpt menahan linangan air mataku sewaktu menulis cerita ini.Terketar ketar tangan ku.Keadaan di luar pulaa hujan lebat seakan akan memahami emosi ku.

Al-Fatehah buat Allahyarhamah Nurasmirah Binti Mohd Soileh Amir.Semoga rohnya berada di kalangan orang beriman. Amin.
Salam.




Someone like you : Citte'A